Sabtu, 10 Desember 2011

Malaria

Penyakit Malaria

Perkataan malaria bermaksud "bad air". Penyakit ini terkenal di sekitar kawasan Amerika Selatan, Sub-Saharan Africa dan Asia. Kanak-kanak dan wanita mengandung lebih mudah dijangkiti penyakit malaria.

Parasit Malaria

Malaria merupakan satu penyakit yang disebabkan parasit protozoa daripada genus plasmodium.
Terdapat 5 jenis parasit 'strain' yang menyebabkan malaria di antaranya vivax dan falciparum. 4 daripadanya berupaya menjangkiti manusia. 'Strain' falciparum adalah yang paling merbahaya kerana dapat menyebabkan kematian dan bertanggungjawab terhadap 90 peratus kematian. ‘vivax’ biasa didapati di Amerika selatan dan Asia.

Cara Penyebaran Penyakit

Malaria adalah penyakit bawaan nyamuk. Dengan kata lain, nyamuk bertindak sebagai vektor yang memindahkan parasit dari badan pesakit yang dijangkiti malaria ke manusia sihat yang lain dan menyebabkan orang yang sihat ini turut dijangkiti malaria. Cara penyebaran lebih kurang sama dengan penyakit denggi.


Nyamuk dan parasit merupakan 'ancient creatures'. Jadi, penyakit malaria telah wujud sebelum wujudnya manusia lagi. Parasit ini akan sentiasa berevolusi dan pertarungan antara manusia dan penyakit malaria tidak akan berakhir.
Kenapa?
Bukankah dunia ada chloroquine dan DDT ( dichloro-diphenyl-trichloroethane )?
Chloroquine boleh ganggu 'reproduction' parasit, DDT pula racun serangga yang tahan lama. Dengan jumlah yang sedikit saja, DDT dapat membunuh nyamuk yang menyebarkan penyakit ini 'for months' dan secara tidak langsung, ia boleh mengganggu kitaran penyakit malaria. 'Even' Brazil dan U.S. berjaya menewaskan malaria satu masa dahulu.
Ya. Tapi dunia juga ada mereka yang suka 'exploit things'. DDT digunakan secara tidak terkawal oleh petani dan menyebabkan pencemaran dan kematian beberapa jenis haiwan.
Pada tahun 1996, penggunaan DDT dihentikan dan digantikan dengan  'pyrethroid pesticide'. 1999 - nyamuk pembawa malaria sudah 'resistant' terhadap racun tersebut.
Parasit ini akan terus membiak dan akhirnya menyebabkan chloroquine tidak berkesan.

Tanda-tanda Penyakit Malaria

Tanda-tanda serangan parasit malaria termasuklah demam, menggeletar, sakit sendi, kekejangan dan anemia. Berpeluh, rasa sejuk dan panas secara bergilir-gilir merupakan ‘symptom’ klasik malaria. Kekurangan darah (anemia) dapat menyebabkan kerosakan otak secara langsung dan pesakit boleh berada dalam keadaan koma.
Jika tidak dirawat. ia boleh menyebabkan kematian. Dalam kes malaria yang teruk, pesakit mungkin akan mengalami ‘neurogical damage’ yang kekal. Kebanyakkan pesakit terdiri daripada kanak-kanak. falciparum adalah penyebab utama 20 peratus kanak-kanak Zambia mati sebelum berusia 5 tahun.
Malaria juga boleh menyebabkan sakit kepala yang melampau, limpa dan hati membengkak serta mengakibatkan kegagalan ginjal. Malaria yang teruk dapat mengakibatkan kematian dalam masa yang singkat. Seorang kanak-kanak yang sihat pada hari ini mungkin mati keesokkan hari.

Sumber : http://www.articlesbase.com/diseases-and-conditions-articles/penyakit-malaria-1046009.html

0 komentar:

Posting Komentar

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More